Awal dan Scha dah kawen

Hahaha suka punya pasal saya post lah highlight majlis pernikahan Awal dan Scha dari CST Production kat sini heheh…mana tau kot kot boleh jadi inspirasi pada saya dan crew satu hari nanti plak kan? hehehehe…

enjoy



yg ni plak preview macam mana video tersebut dirakamkan…kagum


EZ

Sabah Drift Challenge 2012

Assalamualaikum..selamat petang..

Lama sangat tak update blog hahaha..balik-balik FB ja yang update dulu. So sebagai tanda minta maaf untuk anda semua harini saya nak membebel sikit lah kirenyeee hehehehe.

Minggu lalu saya dan team EZproduction telah berpeluang untuk cover satu event iaitu Sabah Drift Challenge 2012 yang telah pun diadakan di Kota Kinabalu. Yang menarikya dan juga sedikit mengejutkan kami bukan datang untuk mengambil gambar tapi untuk membuat rakaman video sepanjang event tersebut berlangsung…Kira macam official videographer la macam tu huhuhu..

Panic stress tegang takut semuanya ada hahahah..Maklumlah, first time buat job nih. Walaupun selalu jugak buat video untuk rakan drift Tawau tapi ini lebih serius so tahap tekanan sedikit lebih tinggi hahaha..Tapi Alhamdulillah event selama dua hari tersebut berjaya diharungi walaupun errrrrrrr….hahahaha.

So now comes the best part. Video editing..ni kaaaali lah hahahah..baru buat trailer ja pun dah jem otak. Semua rasa tak kena huhuh. Tapi nak taknak kena buat jugak dan syukur alhamdulillah trailer berjaya disiapkan walaupun mungkin tak sehebat videographer lain diluar sana..

Enough talking now it is time for me to share it with you guys. The Sabah Drift Challenge 2012 Official Trailer is here for your viewing pleasure.

Special thanks to my friend ah Teh for the opportunity and my wife for her support dan juga rakan-rakan lain yang membantu secara langsung dan tidak langsung. I love you guys!!!

Video : EZ , Sukvui , Muhamad, Hurriah

Editing/Grading : EZ

This is our photobook - Exclusively In White!

Ramai bakal klien dan semua yang berada diluar sana nak sangat tau macam mana bentuk album yang kami berikan kepada para klien kami.

Jadi kali ini kami persembahkan pada semua sedikit contoh trademark album kami yang kami sediakan eksklusif untuk para klien kami… enjoy

Kesemua album kami didatangkan dalam warna putih eksklusive dengan persembahan yang sangat simple dan berbeza dari kebanyakan album lain diluar sana.

Album kami didatangkan dalam dua saiz dan jumlah muka surat yang berbeza:

1. 12 x 8.5 (60 muka surat)*

2. 12 x 12 (80 muka surat)*

*tertakluk kepada jenis pakej yang dipilih.

APA???? 80 MUKA SURAT????

Yesss bossss…80 muka surat ;)

 Juga berbeza dari yang sebelumnya, kini setiap photobook didatangkan bersama matching sleeve box untuk menjaga keselamatan album anda hehehehe

Setiap helaian muka surat didatangkan dengan kertas import berkualiti tinggi.

Setiap gambar disusun dengan cara kami tersendiri yang berbeza dengan kebanyakan photobook diluar sana untuk memberikan impak maksimum kepada sesiapa sahaja yang melihatnya.

Dan pada para klien, kami akan memastikan anda akan dapat merasakan kembali setiap detik manis hari bersejarah anda setiap kali anda membuka photobook anda sekarang dan selamanya.

So that’s it..harap anda semua berpuas hati dengan perkongsian kami kali ni.

Untuk maklumat lanjut, email kami di : z_superc@yahoo.com

till then..

Assalamualaikum

zsuperc

Cinematography was addictive keskeskes

Assalamualaikum selamat sejahtera. Wah kira lama jugak saya tak update blog saya nih. Asyik bizi memanjang. Tapi fanpage kerap pulak update hehehe…my bad.

Tapi takpa. Ni nak share apa perkara-perkara yang saya buat selain dari menyiapkan album klien saya semenjak dua menjak nih. Sekarang nih saya seperti kemaruk amik video la plak. Bukan nak tinggalkan fotografi tapi sebagai past time favorite. Semuanya bermula dari video yang yang asalnya sekadar review suka-suka untuk dslr Canon 600D..jangan gelak..saya tak pandai lagi masa ni..nanti esok esok saya dah master, tau la korang ekekekek

Lepas tu saya cuba rakam aksi drift la plak. Kali ni bersama rakan-rakan Tawau Drift Club. Memang masyuk arrr hehehehe..so semakin hari semakin minat..tapi takla sampai nak terjun terus. Fotografi tetap fjiwa saya..itu dah jadi darah daging.

Buat masa ni movie/video making hanya sebagai past time favorite saja…tapi who knows?

Till then…

Its Official!

Akhirnya!! Setelah berhari-hari, berjam-jam, berminit-minit maka dengan rasminya siaplah sudah Pakej Fotografi Perkahwinan EZ Photography bagi tahun 2012

Kami menyediakan beberapa lagi pakej perkahwinan terbaru dengan harga yang sangat berpatutan di samping pakej-pakej asal yang telah diolah semula bagi memastikan ianya sesuai dengan harga yang ditawarkan.

Suka cita kami katakan, pakej perkahwinan kami adalah antara pakej fotografi perkahwinan yang menawarkan harga yang sangat kompetitif namun mampu dimiliki oleh semua bakal pelanggan kami disamping kualiti imej dan hasil kerja antara yang terbaik dalam kelasnya.

Pada bakal pengantin diluar sana yang masih tercari-cari jurugambar untuk merakamkan hari bahagia anda dengan pakej yang sangat berpatutan, apa tunggu lagi?  Hantarkan email anda kepada kami di alamat:

z_superc@yahoo.com

*Sila nyatakan maklumat lengkap mengenai majlis yg bakal berlangsung:

1. Pernikahan/Solemnization : Tarikh/Masa/Lokasi

2. Persandingan/Reception : Tarikh/Masa/Lokasi


Akan Datang : Pakej Potret dan Majlis Rasmi/Tidak Rasmi

zsuperc


Celebrating Maswan & Dewi

Masa kita perlu sangat nak guna, masa tu la jugak dia buat hal fb fan page tu. Tetiba la plak dia meragam. So jawabnya saya kena la update site ni dulu sebab biasanya saya update fan page terlebih dahulu.

Alhamdulillah, pejam celik pejam celik tinggal beberapa hari saja lagi untuk kita melangkah ke tahun 2012 dan meninggalkan tahun 2011 ini. Banyak pengalaman pahit manis suka duka yang dilalui sepanjang tahun ini dan mudah mudahan apa yang anda lalui semuanya manis manis belaka terutama sekali pada klien-klien saya yang dah mengompomkan diri sebagai suami isteri sepanjang tahun ini.

Saya sendiri melalui bermacam-macam perkara dari segi komitmen juga peribadi dan merasakan sudah tiba masanya untuk saya dan team EZphotography  mengorak langkah untuk berevolusi dalam usaha memberikan yang terbaik untuk masa depan EZphotography dan yang paling penting untuk anda semua. Wah skema kuikuikui…

Wokey lah..dah cukup la tu saya membebel. Meh sini saya kongsikan job terakhir saya untuk tahun ini iaitu majlis perkahwinan Sh Maswan dan Dewi yang berlangsung pada 9 hingga 11 Disember baru baru ini. hasil pencarian wedding photog mereka melalui www.kahwinmall.com, dengan izin Allah akhirnya mereka memilih untuk menghubungi kami. Setelah beberapa kali berurusan melalui email, akhirnya persetujuan dicapai selepas kami bertemu secara emergency di Kota Kinabalu pada hari ketiga raya Aidilfitri baru-baru ini

Sejujurnya, majlis perkahwinan mereka berdua pada saya adalah yang paling best untuk tahun ini. Majlis yang diadakan walaupun cukup sederhana tetapi sangat sangat sangat meriah. Ditambah lagi dengan ahli keluarga mereka yang sangat sangat happening menjadikan majlis tersebut penuh dengan kegembiraan dan hilai ketawa yang membuatkan saya juga KERING GUSI sebab ketawa banyak sangat..orang selalu kata tak kering gusi sebab ketawa tapi gusi saya kering kalau banyak sangat ketawa huhuhuh. Lebih-lebih lagi bila ahli keluarga pengantin melayan kami seperti sebahagian daripada ahli keluarga mereka juga.

Ba..dah banyak sangat saya membebel nih. Mari saya sajikan anda sedikit kenangan majlis perkahwinan antata Maswan dan Dewi yang berlangsung bermula pada 9 Disember hingga 11 Disember baru baru ini. Sedikit sebab gambar yang diambil adalah terlalu banyak kuikuikui..Bila FB fanpage tu dah ok sok, saya akan share sebanyak yang mampu sebab seriously saya rasa macam nak masukkan semua ja kuikuikui.

Plus…for the first time ever, selain daripada gambar hitam putih yang dapat anda lihat, basically semua gambar Maswan & Dewi ini dipersembahkan tanpa sebarang perubahan tone warna seperti yang biasa anda nampak pada gambar gambar sebelum ini. 95% gambar datang terus dari kamera kami dan ini adalah sebahagian daripada “EVOLUSI” EZphotography yang bakal anda temui dalam hasil kerja kami akan datang insya Allah.

Walaupun ini dilihat sangat berbeza daripada semua hasil kerja kami sebelum ini, kami akan sentiasa berusaha untuk memberikan hasil yang terbaik dengan cuba untuk membawa suasana dan emosi anda kedalam gambar-gambar kami demi memastikan setiap memori bahagia tersebut dapat dirasai bila-bila masa setiap kali anda dan sesiapa sahaja yang melihatnya.

Enjoy

Fuhhh..tu pun dah nampak banyak kan? Takpa, kita tunggu fanpage saya untuk kembali stabil dan saya akan post lebih banyak lagi. tak sabar nak kongsikan semuanya pada anda semua

Pada Maswan dan Dewi, working with you guys is a whole lot new experience. And you guys are so natural in front of the camera, so easy to work with. The way you guys hold on to each other really shows how deep your love is for each other. And Maswan, you are absolutely hilarious my friend. You just make this thing happened with your flow and sense of natural humor. You guys really make our days blooming with laughter and smile every time we are working together. Thank you so much for making us as part of your special day….

Looking forward to see you guys soon. Cheers..

zsuperc

1 note

Selamat datang Muhamad Syafiq Danish

Assalamualaikum salam damai salam sejahtera.

Macam mana raya Aidiladha bebaru ni? ada meriah? ada qurban? ada sedekah? Mesti best kan? Saya pon ada cerita best yang saya nak kongsikan bersama nih. Bagi yang berada dalam facebook friend list saya dan berkesempatan melihat album baru saya (www.raya-aji.com) pasti perasan gambar yang ni kan?

 Haaaaaaaa..baby comel ni bernama Muhamad Syafiq Danish bin Syaharudin. Pernah dengar tak nama tu? Ehh..penah dengar tak nama ayahnya? keskeskes..Ingat ke tak nih? alaaaaaa yang ni haaaa keskeskes

http://www.zsuperc.com/post/1246721070/13-september-2010-detik-bersejarah-untuk-sahabat

http://www.zsuperc.com/post/1685460785/e-session-shah-derma

Mereka yang telah melangsungkan perkahwinan tahun lalu kini telahpun dikurniakan seorang baby boy yang sangat serius tapi sangat sangat sangat comel ngaaaaah hahahaha. Namanya diatas tu ha keskeskes..

Kebetulan sewaktu dalam perjalanan balik kerumah dari beraya dikampung bebaru ni kami singgah di rumah keluarga di Lahad Datu. Mengingatkan saya dapat jemputan kenduri aqiqah dari dua sahabat saya ini, saya terus je sergah rumah kediaman keluarga Puan Derma walaupun masa kenduri dah habes!! Lauk kenduri jangan ditolak!!! keskeskes. Ooopps lupa..saya bawak isteri saya bersama untuk sama-sama melantak lauk kenduri tersebut ;)

Disebabkan masa yang terlalu singkat dan kena-kena plak saya lama sangat (banyak sangat! shhhhhh ) melantak lauk kenduri, tak sempat la plak nak amik shot canggeh-manggeh. Tapi walaubagaimana pun saya sempat jugaklah mengambil shot tangkap muat baby Muhamad Danish selepas mandi ekekekeke..enjoy

Sad baby : “cejuuuuuuk”

Happy Baby : “Ngaaaaaaa”

Curious Baby: “Benda apa warna hitam besar tu? Eh ada kilat?”


Angry Baby : “HERRGGGKKKK!!!”

Ngaaaaah hahahahahaha..jangan marah ye hehehe. Tu dia sedikit gambar yang dapat saya rakamkan untuk tatapan kita semua.

Pada sahabatku Syaharudin dan juga isteri puan Derma, tahniah dan selamat menjalani kehidupan baru sebagai ibu bapa dan terus bahagia hingga ke akhir hayat.

ZSUPERC

Basah? Tak apa :)

Assalamualaikum salam damai. Disebabkan oleh kebizian melampau saya terlambat nak update blog. Fan page plak asyik ada masalah. Blog yg satu lagi pon tak terusik..hmmmm

Sepanjang bulan September hingga Oktober nih memang banyak perkara yang perlu diselesaikan. Dari tugasan peribadi hinggalah kerja-kerja menyiapkan album klien. Alhamdulillah semuanya dapat diselesaikan..Tinggal sikit je lagi.

Hari ni ada ruang free sikit so masa dah memang sesuai tuk update blog.

Kita biasa melihat setiap jurugambar perkahwinan akan sentiasa memberikan idea-idea yang menarik untuk setiap sesi yang akan dijalankan. Lokasi dan teknik semuanya telah diatur untuk kepuasan setiap klien.

Secara peribadi saya juga sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk kepuasan diri dan juga klien saya. Panas, hujan, basah tak lagi dihiraukan demi tugas dan hasil yang diinginkan. Walaupun kengkadang agak sukar namun demi menghasilkan sesuatu yang baik segalanya diredah. Letih belakang cerita..kamera basah tak kesah yang penting apa yg difikirkan dapat dilakukan dan alhamdulillah semuanya berjalan seperti dirancang dan dengan hasil yang memuaskan.

Oleh itu untuk pertama kalinya saya kongsikan sedikit adegan-adegan lagak ngeri ( aisehmen macam eksklusif ) belakang tabir sewaktu sesi penggambaran outdoor bersama klien saya baru-baru ini. Enjoy..

aiseh..klien tak basah, photog dah basah dulu keskeskes

Gambar-gambar santai -santai..klien dah masuk air dah keskeskes



Nak join jugaklah…saya pon nak gak main air keskeskes

Photog la plak yang terlebih tenggelamnye

Sungai dalam sangat? Takpa pelampung dah ada..lawa kan pelamung saya yang berwarna putih tu? keskeskes


Ngaaaah hahaha..tu dia sedikit pic behind the scene kata orang bugis keskeskes. Makasih pada Enchek Ols dan Enchek Rizlan untuk gambar-gambar behind the scene ini yang juga banyak membantu sepanjang sesi ini berlangsung.

Nak pic macam ni jugak? Email dan juga nombor telefon saya ada tertera dalam blog ini dan juga di Facebook Fanpapge saya. See you guys soon ;)

zsuperc

Official Announcement

As we have mentioned earlier about the November slot, well the November slot is now OFFICIALLY OPEN FOR BOOKINGS. So grab your slot fast!!

;)

Liza + Kasmadi

Assalamualaikum, salam damai.

Oleh kerana semalam payah sangat nak login facebook fan page saya, membuatkan saya terlewat tuk update blog juga huhuh. Moga semuanya ok malam ni walaupun rasanya line seperti slow gila malam nih.

Tarikh 09.09.2011 telah dipilih sebagai tarikh berakhirnya zaman bujang Liza dan juga Kasmadi yang telahpun selamat diijab qabulkan pada hari tersebut. Suasana meriah menghiasi majlis pernikahan sepanjang ianya berlangsung. Semua yang hadir menjadi saksi, lafaz akad disebut hanya sekali, menyaksikan penyatuan kasih dua hati, diangkat menjadi raja sehari. Aisehmen bepantun pulak keskeskes.

Saya dah mula melalut rasanya nih. Saya stop skarang sebelum melarat.

Do enjoy slideshow majlis pernikahan antara Liza dan Kasmadi ini. Ohya lupa lagi, Liza ni sepupu saya keskeskes.

ps : gambar-gambar semasa pernikahan boleh di lihat di dalam facebook fan page saya ye ;)


Page 1 of 9

1

2

3

4

5

Next ›